"Koperasi fungsi pengguna di peringkat sekolah pula diperkenalkan dengan tujuan untuk menanam sifat berjimat-cermat dan memupuk asas keusahawanan di kalangan pelajar. Di antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengusahakan kantin sekolah, kedai buku, kedai dobi dan kelas komputer."

Monday, May 14, 2012

pengenalan


 
Pengenalan Gerakan Koperasi di Malaysia


Gerakan koperasi di Malaysia bermula dengan terdaftarnya Koperasi Kredit Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Pekerja-Pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad, koperasi yang pertama didaftarkan pada 21 Julai 1922. Koperasi tersebut kini dikenali sebagai Koperasi Telekom Malaysia Berhad (KOTAMAS). Koperasi luar bandar yang pertama didaftarkan adalah Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa Bekerjasama-sama Dengan Tanggungan Berhad di Parit Buntar, Krian, Perak, yang didaftarkan pada 3 Disember 1923.

Gerakan Koperasi di Sarawak bermula pada 3 Mei 1949, manakala di Sabah ianya diperkenalkan mulai tahun 1959. Pada asalnya Undang-undang Koperasi yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak adalah Ordinan Koperasi 1949 (Cap. 66 of The Laws of Sarawak) dan Ordinan Koperasi No. 3/1958 of Sabah dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, sehinggalah Akta Koperasi 1993 (Act 502) dikuatkuasakan.

Gerakan koperasi di Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti ekonomi; di antaranya seperti kredit, pengguna, pengisaran padi, perumahan, pembangunan tanah, kenderaan dan pengangkutan, pembalakan, kontraktor, perindustrian kecil dan insurans.

Di Semenanjung Malaysia, koperasi-koperasi asas tani dan perikanan telah diserahkan penyeliaannya kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam tahun 1974. Walau bagaimanapun, perkembangan tersebut tidak melibatkan koperasi-koperasi di Sabah dan Sarawak.
 
  

3.2     Pengguna: Sekolah

Koperasi fungsi pengguna di peringkat sekolah pula diperkenalkan dengan tujuan untuk menanam sifat berjimat-cermat dan memupuk asas keusahawanan di kalangan pelajar. Di antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengusahakan kantin sekolah, kedai buku, kedai dobi dan kelas komputer.

No comments:

Post a Comment